Followers

::chocolate benefits::














coklat oh coklat ..!!

bila tengok coklat di atas dengan pelbagai bentuk, rasa..pergh...
bila design cantik2 ase sayang plak nak makan..kalau boleh nk frame 2...bolah kew??
one of my favourite yummy is choc..!!
bile kt makan je rase cool..dr mood xbetul ttbe ok balik..
n i pon cari kat google kebaikan coklat nie...

******************************************************************************
pengenalan coklat

sebelum ni bila cakap tentang coklat pasti ramai yg fikir coklat gizi yang MENGGEMUKKAN..BUAT JERAWAT NAIK, BANYAK KOLESTEROL..
tapi anggapan itu semuanya salah sama sekali..!!
Sebenarnya coklat ada kelabihan sendiri. Allah telah ciptakan untuk kita makanan yang sedap dan baik untuk kesihatan kita..coklat juga tersenarai sebagai salah satu makanan yang baik dalam menu diet kita..

**********************************************************************************
isu-isu berbangkit tentang coklat

1) menggemukkan : Isu yang sebenarnya ialah kita yang makan berlebihan. Seperti kita sedia maklum, dalam paper n berita pon selalu di war2 kan peratusan orang yang menghidap obesiti meningkat dengan mendadak, lebih-lebih lagi di kalangan kanak-kanak..(tahap bahaya actually!!). Kita sepatutnya makan secara bersederhana, mengikut sunnah Rasulullah SAW yang mana kita perlu berhenti sebelum kenyang, 1/3 perut untuk air, 1/3 untuk makanan dan selebihnya sebagai ruang untuk menghadamkan ape yang masuk dalam perut kita..mudah bukan..!! semuanya berdasarkan disiplin diri kita..hanya kita saja yang tau ape yang perlu dan ape yang x perlu untuk tubuh kita..

2)  senaman kardiovaskular...jeng..jeng..jeng...
yang nie la selalu payah sangat...aku sendiri pon same...sekarang nie pon banyak da iklan yang menyarankan kita untuk bersenam..itu salah satu cara untuk kita meningkatkan tahap metabolisme dalam diri..so bile kadar metabolisme kita ok, khasiat dan lemak dalam sesuatu makanan yang kita ambil akan terhadam sepenuhnya tanpa meninggalkan sisa lemak yang boleh tersumbat dalam duktus limfa..ha...da masuk biochemist plak..hahaha...

3) penyebab penyakit jantung

coklat tidak ada kene mengena langsung dengan heart attack..!! plez take a note..itu semua berpunca daripada gaya hidup kurang sihat, malas bersenam, merokok, makan berlebihan..so be aware...

********************************************************************************** 
kebaikan coklat

 coklat mengandungi antioksidan, dikenali sebagai fenol, yang mungkin mampu mengurangkan tahap kepadatan lipoprotein (kolesterol LDL). Hasil kajian terkini menunjukkan bahawa asid stearik pada mentega koko atau lemak dalam coklat tidak memberi kesan kepada klesterol darah.
Coklat mengandungi zat makanan yang lengkap dan seimbang. Coklat susu (100g) dapat menyumbangkan 17% karbohidrat, 15% lemak, 6% protein dan vitamin serta mineral yang diperlukan oleh setiap tubuh manusia dalam sehari.Coklat juga sesuai bagi golongan yang aktif dan bekerja kerana coklat susu (100g) menyumbangkan 15% daripada keperluan tenaga manusia dalam sehari. Selain daripada itu, coklat mempunyai bahan anti kerosakan gigi seperti tannin, kasein dan asid oksalid yang berperanan sebagai pelincir yang menghalang pembentukan plak gigi.

Coklat adalah bebas daripada kolesterol kerana lemak koko mengandungi 328.2% asid oleik yang berperanan merendahkan paras kolesterol dalam darah. Asid sterik pula mempunyai kesan neutral terhadap paras kolesterol.Koko mengandungi theobromina yang memberi kesan ketenangan untuk penumpuan otak dan membantu meningkatkan daya ingatan.

sumber : sharifahelzahra.tripod.com

**********************************************************************************
jenis-jenis coklat

Terdapat pelbagai produk coklat di pasaran. Misalnya, ada coklat susu yang merupakan adunan coklat manis, cocoa butter, gula dan susu. Selain itu ada pula coklat pahit yang merupakan coklat alami dan mengandung 43% padatan coklat.

Berikut ini Jenis-jenis coklat yang beredar dipasaran antara lain :

1. Couverture
Jenis coklat terbaik, coklat ini sangat bagus dengan peratusan lemak koko yang tinggi sehingga menghasilkan rasa yang sangat baik. Biasanya digunakan untuk pembuatan produk coklat buatan tangan. Sebelum digunakan coklat jenis ini dicairkan (tempering) terlebih dahulu.

2. black chocolate
 Persentase massa koko bervariasi antara 30% - 70%. Semakin tinggi konsentrasi koko semakin baik rasanya.

3. Milk chocolate
Merupakan campuran gula, cocoa butter, coklat cair, susu dan vanilla. Coklat jenis ini paling banyak digunakan. peratusan kokonya cukup rendah hanya 20% dan rasanya lebih manis dibandingkan plain coklat. Coklat yang satu ini pasti disukai anak-anak kerana rasa yang manis dan lembut

4. White chocolate
campuran gula, cocoa butter, susu dan vanilla.digunakan secara langsung untuk dekorasi (means coloring). rasa agak manis, so jangan selalu makan ye...hehe

i will update info tentang coklat nie soon...hope enjoy while eating chocolate...